Bahan-bahan Char Kway Teow ( 2 orang )
* Untuk Pasta *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih
6 sendok sos tiram
3 sendok kicap pekat
3 sendok kicap manis
2 ikan bilis
2 sendok garam
1 sendok gula
* Untuk Mie *
300 gm kuey teow
1 sendok cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 butir telur
Cara penyediaan:
Untuk Pasta - Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditiriskan airnya. Air rebusan jangan buang.
Campurkan semua bahan untuk paste dengan air rebusan udang tadi, didihkan hingga menjadi paste yang agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam kulkas.
Untuk Mie - Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4 sendok paste tadi. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya char kway teow agak berkuah. Dengan itu letak sikit air dalam 1/2 cangkir.
Air didih masukkan kway teow, kucai, tauge. Pecahkan telur, kucai dan bolehlah diangkat. Proses memasak char kway teow ini dalam 3-4 min sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.